Berikut ialah beberapa cadangan kepada pesakit sekiranya mengalami masalah kesihatan selain simptom Covid-19.
Untuk pesakit kronik Contohnya seperti kencing manis , sakit jantung dan sakit buah pinggang , sila pastikan anda mempunyai bekalan ubat yang mencukupi. Hubungi doktor anda untuk bertanya tentang kesesuaian untuk menangguhkan temujanji. Dapatkan bekalan ubat melalui pos ataupun pandu-lalu.
Untuk pesakit hemodialisis Mereka dikehendaki untuk menghadirkan diri 3 kali seminggu seperti biasa untuk menjalankan dialisis. Pemantauan tanda – tanda batuk , deman dan sebagainya. Sekiranya terdapat tanda-tanda sakit atau demam, beritahu kepada pusat dialisis. Jaga kesihatan dan kebersihan anda. Pulang ke rumah terus selepas rawatan hemodialisis.
Untuk pesakit yang mengalami sakit yang ringan Contohnya seperti selesema dan sakit kepala, cuba makan ubat dan rehat dengan mencukupi. Sekiranya sakit tidak bertambah baik, sila mendapatkan rawatan daripada klinik atau hospital yang berdekatan.
Untuk pesakit yang mengalami keadaan yang tidak bertambah baik Walaupun dengan ubat dan rehat atau pun berada dalam keadaan yang serius seperti sakit dada, sesak nafas , kaki bengkak, koma, sakit perut yang serius – mesti datang ke hospital. Sekiranya anda tidak tahu sama ada keadaan anda memerlukan rawatan di hospital atau tidak, anda boleh menelefon doktor yang anda kenali untuk mendapatkan nasihat