Diet Rendah Kalori Tidak Sihat

July 31, 2019


Formula Hendak Cepat Kurus Ganggu Sistem Kimia Badan
“Kajian juga membuktikan batu karang hempedu adalah penyakit yang diwarisi dan tidak bolen dihalang pembentukannya"
Dr Khairul Izan Mohd Ghani @ Mamat, Perunding Pembedahan Am

Amalan diet dengan mengambil makanan berka-lori rendah untuk meng-hilangkan berat badan dengan cepat akan meng-ganggu sistem kimia dalam badan.

Ini menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut, sekali gus mendedahkan risiko menghidap batu karang hempedu.

Perunding Pembedahan Am, sebuah hospital swasta, Dr Khairul Izan Mohd Ghani @ Mamat, berkata kebanya-kan orang terutamawanita terlalu obses untuk mem-peroleh bentuk badan yang cantik dengan mengamalkan diet makanan rendah kalori.

Beliau berkata, pengam-bilan kalori yang rendah daripada sepatutnya boleh mengundang padah dan mudah dijangkiti batu karang hempedu.

Katanya, walaupun penyakit ini sering dihidapi wanita berusia dan memiliki tubuh yang berisi, namun terdapat wanita seusia 20 ta-hun pernah menghidapinya. Malah, wanita lebih berisiko dua kali ganda berbanding lelaki.

"Kajian juga membuktikan batu karang hempedu adalah penyakit yang diwarisi dan tidak dihalang pembentukan-nya," katanya kepada BH.
 
Gangguan Genetik
Terdapat laporan di Amerika Syarikat, mengatakan banyak enam peratus dalam kalangan lelaki dan sembilan peratus daripada kalangan wanita ber-hadapan masalah berkenaan.

Manakala di Itali pula, kajian mendapati banyak 18 peratus daripada kalangan wanita dan 9.5 peratus lelaki mengalami batu hempedu.

Dr Khairul Izan berkata, ada ketikanya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu lalu masuk ke pankreas melalui duktus yang boleh mengakibatkan komplikasi pankreatitis, sekali gus mengancam nyawa.

"Simptom duktus hempedu tersumbat ialah kulit kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam berlarutan dengan keadaan pesakit menjadi panas dan sejuk berpanjangan.
"Kesan ini boleh dilihat dan dirasai secarajelas, pesakit perlu mendapatkan rawatan segera jika gejala berkenaan berterusan hingga menjejaskan keselesaan mereka," katanya.
 
Ujian Darah Kesan Jangkitan
Beliau berkata, memandang-kan batu karang hempedu sukar dikesan menerusi simptom awal, ia boleh dike-tahui menerusi ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer.

"Ketika pemeriksaan jaundis, pesakit akan menjalani ujian darah bagi mengesan sebarang jangkitan, tahap en-zim pankreatik atau hati yang tidak normal serta bilirubin berlebihan," katanya.

Katanya, bagi merekayang menghidapnya, mereka boleh mendapat rawatan menerusi prosedur pembedahan lapa-roskopik kolesistektomi atau pembedahan terbuka bagi mengeluarkan pundi hempedu.

"Manakala rawatan bukan pembedahan, pesakit di-berikan pil garam hempedu (ubat ursodial - Actigall) bagi melarutkan batu kolesterol.

"Begitu juga dengan terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal), bertujuan meme-cahkan batu-batu berkenaan. Bagaimanapun, keadaan itu dikhuatiri boleh kembali ter--bentuk, melainkan menerusi pengambilan ursodial," katanya..
 
Simptom Awal Batu Karang Hempedu:
  • Rasa senak kronik - pesakit mengalami mual, origin, kembung perut dan sakit pada abdomen; Kesan sakit 15 hingga 30 minit, ada kalanya lebih satu jam.
  • Bermula pada bahagian tengah dan kanan abdomen hingga menular ke belakang atau bahu kanan;
  • Serangan tidak menentu hingga bertahun.
  • Loya dan muntah, ada kalanya demam panas.
  • Dipanggil 'gallstone'- disebabkan pengumpulan kolesterol, kalsium, garam bilirubin dan bendasing jangkitan parasitatau bakteria di dalam hempedu.
  • Batu karang hempedu berkolesterol - berwarna kekuningan Batu karang berpigmen - berwarna coklat hitam atau gelap.
  • Terbentuk kerana banyak bilirubin akibat mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia;
  • Saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf.


Dr. Khairul Izan Mohd Ghani
Consultant General Surgeon
Columbia Asia Hospital – Petaling Jaya

MD (UKM), Doctor of Surgery (UKM)
 
PDF and Online Articles:
 
Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian, 27 Julai 2019
 
Looking for General Surgery in Columbia Asia?
 
Follow us for latest Health Tips: