The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Mudah Jer Kawal Darah Tinggi Di Rumah, Fahami Kaedahnya

04 January 2021

5 minute read

Mudah Jer Kawal Darah Tinggi Di Rumah, Fahami Kaedahnya

BERDASARKAN statistik, hipertensi atau penyakit darah tinggi membabitkan kira-kira satu dalam setiap tiga orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Sebanyak 35.3 peratus menghidap penyakit berkenaan dengan bacaan 140/90 atau lebih tinggi.

Bagaimanapun, bagi setiap dua pesakit yang didiagnosis, ada tiga lagi pesakit yang kekal tidak didiagnosis dan tidak dirawat kerana penyakit tersebut dikatakan berkembang tanpa sebarang simptom, menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok.

Meskipun dalam tinjauan OMRON Healthcare yang dijalankan baru-baru ini mendapati, 85 peratus daripada 504 responden telah memeriksa tekanan darah mereka tahun lalu, 42 peratus berpendapat, tekanan darah mereka tidaklah serius atau memerlukan pemantauan secara berkala.

Namun, dengan hipertensi yang semakin kerap melanda orang muda, penting untuk kita memahami betapa pentingnya memantau tekanan darah secara berkala.

Seperkara yang perlu ketahui, pesakit hipertensi didapati mengalami kesan yang lebih buruk akibat Covid-19 berbanding individu yang sihat.

Pakar Perubatan Perunding Dalaman, Hospital Columbia Asia, Dr Mohd Arifin Mohd Ali berkata, tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah pembunuh senyap dan penyebab utama serangan jantung dan strok.

“Peluang seseorang untuk mendapat penyakit ini meningkat dengan usia dan dengan masalah kesihatan kronik yang sedia ada. Ini bermakna, jika seseorang menghidap diabetes, obesiti atau kolesterol tinggi, mereka lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.

Jika ada sejarah hipertensi dalam keluarga, mereka berdepan dengan peluang 50 peratus lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini dan lebih berisiko mendapat strok, serangan jantung atau masalah buah pinggang terutama jika tekanan darah tidak dikawal dengan baik,” katanya yang juga Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH).

Justeru, kata Dr Mohd Arifin, disebabkan kadar pesakit hipertensi kian meningkat dalam kalangan orang dewasa yang lebih muda, maka setiap orang dewasa perlu memantau tekanan darah mereka secara berkala bermula dari umur 18 tahun ke atas.

“Oleh kerana hampir 70 peratus orang dewasa Malaysia berisiko mengalami peningkatan tekanan darah dan hanya 37.4 peratus daripada pesakit yang dirawat mencapai tahap tekanan darah yang terkawal, kesedaran lebih besar menjadi kunci untuk mengurangkan kadar kelaziman hipertensi dalam masyarakat,” ujar Dr Mohd Arifin.

Buat semak diri dalam usaha untuk membantu mengenalpasti mereka yang berisiko tinggi, OMRON bekerjasama dengan MSH menghasilkan senarai semak diri yang mudah untuk menggalakkan orang ramai memeriksa tekanan darah dan mendapatkan nasihat mengenai cara mencegah atau merawat hipertensi yang tidak didiagnosis.

Pengarah Pemasaran Serantau, OMRON Healthcare Asia Pasifik, Alexis En berkata, di OMRON, pihaknya mempunyai visi yang dipanggil GEN 0 (Gen Sifar).

“Ia merujuk kepada generasi yang tidak ditentukan oleh usia, satu generasi yang bebas daripada serangan jantung dan (atau) strok.

Untuk maklumat selanjutnya, sila kunjungi bit.ly/HypertensionSelfCheck untuk mengambil senarai semak diri dan laman web Persatuan Hipertensi Malaysia untuk penerangan lanjut tentang penyakit tekanan darah tinggi.

Anekdot

Cara mudah ringankan tekanan, kegelisahan:

1. Bersenam
Bersenam secara teratur dapat membantu mengurangkan tekanan dan kegelisahan dengan melepaskan endorfin dan meningkatkan kualiti tidur dan imej diri.

2. Pertimbangkan makanan tambahan.
Makanan tambahan tertentu dapat mengurangkan tekanan termasuk mengamalkan ashwagandha (sejenis herba), asid lemak omega-3, teh hijau dan lemon.

3. Aromaterapi.
Aromaterapi juga dapat membantu. Nyalakan lilin atau gunakan minyak pati untuk menikmati aroma yang menenangkan.

4. Kurangkan pengambilan kafein.
Kafein dalam kuantiti yang tinggi dapat meningkatkan tekanan dan kegelisahan. Bagaimanapun, ‘kepekaan’ seseorang individu terhadap kafein adalah berbeza-beza.

5. Menulis.
Membuat jurnal atau menulis segala yang terbuku dalam hati merupakan praktik yang disarankan kerana ia dapat membantu seseorang memberi fokus kepada perkara yang positif.

6. Mengunyah gula-gula getah.
Menurut beberapa kajian, gula-gula getah boleh membantu seseorang berehat. Ia juga dapat meningkatkan kesejahteraan dan mengurangkan tekanan.

7. Luangkan masa dengan rakan dan keluarga.
Mempunyai hubungan sosial yang kuat antara formula yang berkesan.

8. Ketawa.
Luangkan masa dengan menonton rancangan komedi atau bersama rakan-rakan yang mempunyai karakter kelakar.

9. Belajar mengatakan ‘tidak’.
Cuba jangan menerima atau mengambil tugasan di luar jangkaan untuk dikendalikan. Mengatakan tidak ada satu cara untuk mengawal tekanan.

10. Belajar untuk tidak menunda kerja.
Dengan ‘melangsaikan’ tugasan bermula di senarai teratas hingga bawah, dapat membantu mengatasi tekanan yang berkaitan dengan penundaan.

11. Ikuti kelas yoga.
Aktiviti itu dapat membantu menurunkan tahap hormon stres.

12. Amalkan praktis ketara sedar.
Antara kaedah yang dicadangkan adalah terapi kognitif berdasarkan perhatian, pengurangan tekanan berdasarkan perhatian, yoga atau bermeditasi.

13. Memeluk.
Sentuhan positif daripada pelukan, ciuman dan hubungan seks dapat membantu menurunkan tekanan dengan melepaskan oksitosin dan menurunkan tekanan darah.

14. Dengarkan muzik yang menenangkan.
Mendengarkan muzik yang disukai boleh menjadi kaedah yang baik untuk menghilangkan tekanan.

15. Bernafas secara dalam-dalam.
Bernafas secara dalam-dalam mengaktifkan tindak balas relaksasi. Ia juga meningkatkan sistem saraf simpatik lalu memberi isyarat kepada badan untuk kekal tenang.

16. Luangkan masa dengan haiwan kesayangan.
Menghabiskan masa dengan haiwan kesayangan antara praktis menyeronokkan bagi kebanyakan orang di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan oleh SinarPlus, 6 December 2020.

Was this article helpful?

04 January 2021

5 minute read

Mudah Jer Kawal Darah Tinggi Di Rumah, Fahami Kaedahnya

Dr. Muhammad Ariff Bin Mohd Yunus

Orthopedic

Learn more about Orthopedic in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips