Superfood selalunya dikaitkan dengan harga mahal, tapi sebenarnya ada banyak pilihan yang berkhasiat, mudah didapati dan tak ‘cekik darah’. Dalam artikel ini, kita kongsikan 8 superfood mampu milik yang boleh bantu jaga kesihatan tanpa membebankan poket.
Sardin
Sardin ialah sumber protein yang kaya dengan lemak sihat omega-3 dan omega-6, yang membantu menyokong kesihatan jantung dan fungsi otak. Ia sangat bermanfaat untuk individu yang mempunyai diabetes, hipertensi, trigliserida tinggi atau hati berlemak. Untuk kualiti terbaik, pilih sardin segar dan tidak berbau kuat. Kaedah memasak seperti mengukus atau membakar sebenarnya membantu mengekalkan nutrisi ikan. Namun, ramai yang memasak ikan terlalu lama sehingga khasiatnya berkurang. Sardin juga mudah disediakan dan menjimatkan apabila dinikmati bersama roti atau biskut. Harga pasaran bagi sardin segar sekitar RM13-15/kg atau RM 4-8 per tin (150–200g).
Sardin
Oat
Oat ialah bijirin penuh yang mesra bajet dan tinggi serat, membantu pencernaan, menstabilkan gula dalam darah, serta menyokong kawalan berat badan. Ia juga mencegah sembelit dan sesuai untuk sesiapa yang ingin meningkatkan kesihatan usus. Pilih oat 100% asli tanpa perisa tambahan. Rendam oat semalaman untuk mengurangkan asid fitik dan meningkatkan penyerapan nutrisi. Pastikan nisbah oat dan air seimbang semasa penyediaan. Oat boleh diambil bersama susu lembu yang harga berpatutan serta buah-buahan. Simpan dalam bekas kedap udara. Harga oat sekitar RM 8-15 per pek (500g- 1kg).
Oat
Bayam
Bayam mengandungi polifenol, karotenoid, dan zat besi yang memberikan kesan antioksida dan anti-radang yang kuat, berpotensi membantu pencegahan kanser, meningkatkan tenaga, dan menyokong kesihatan tulang. Ia sangat sesuai untuk wanita hamil atau individu yang memerlukan lebih zat besi. Pilih daun hijau segar tanpa kekuningan. Tumis ringan atau kukus adalah cara terbaik untuk mengekalkan nutrisi. Namun, memasak terlalu lama boleh mengurangkan nilai khasiat bayam. Bayam juga merupakan pilihan paling menjimatkan, dengan harga sekitar RM 3- 10 per pek (segar atau beku, 200–300 g).
Bayam
Yogurt
Yogurt menyokong kesihatan usus, imuniti, kawalan gula dalam darah dan pengurusan berat badan. Ia sesuai untuk individu dengan kolesterol tinggi, gula dalam darah tidak stabil, atau sesiapa yang ingin meningkatkan fungsi pencernaan. Pilih yogurt asli tanpa gula tambahan atau perisa tiruan kerana ia kaya protein, kalsium, vitamin B, dan probiotik. Yogurt tidak perlu dimasak dan boleh dinikmati terus atau dicampur bersama buah. Simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kualiti yogurt. Harga sekitar RM 3-10 per bekas (125-200 g).
Yogurt
Susu
Susu membekalkan protein, kalsium, vitamin D, dan nutrien penting lain yang menyokong kesihatan tulang, gigi, dan otot. Ia sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak, remaja, dan individu yang perlukan tenaga tambahan. Pilih susu segar atau UHT tanpa gula tambahan untuk kualiti terbaik. Elakkan panaskan susu terlalu lama supaya nutrien tidak hilang. Cara penyediaan yang berpatutan dan mudah ialah diminum terus atau dicampur dengan bijirin, oat, atau buah. Simpan susu dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran. Harga sekitar RM 6-8 untuk 1 liter.
Susu
Barli
Barli ialah bijirin tinggi serat yang membantu menurunkan kolesterol, mengawal gula dalam darah, dan memberi rasa kenyang lebih lama. Pilih barli yang dibuang kulit kerasnya, reneh perlahan, serta simpan air rebusannya untuk lebih nutrien. Antara perkara yang perlu dielakkan semasa penyedian barli ialah menggunakan jumlah air yang tidak sesuai atau tidak membilas barli sebelum memasaknya. Air barli boleh terus diminum atau barli boleh dimasukkan ke dalam stew sebagai pilihan hidangan yang murah dan berkhasiat. Harga anggaran RM 8-25 per 1 kg atau pek kecil.
Barli
Teh Hijau
Teh Hijau mengandungi antioksidan kuat seperti catechin yang membantu meningkatkan metabolisme, mengurangkan risiko penyakit jantung, dan menstabilkan gula dalam darah. Sesuai untuk sesiapa yang mahu meningkatkan kesihatan jantung, menurunkan berat badan, atau mengekalkan tenaga. Pilih teh hijau daun tulen tanpa campuran perisa atau gula. Untuk mengekalkan nutrisinya, rendam daun teh dalam air panas (70–80°C) selama 2–3 minit; jangan rebus lama. Elakkan menggunakan air terlalu panas atau minum terlalu banyak kerana boleh menyebabkan rasa pahit. Minum teh hijau panas atau sejuk secara langsung tanpa gula adalah cara berpatutan dan berkesan. Harga anggaran teh hijau sekitar RM 2-20 per pek (bergantung jenis: uncang, serbuk atau siap minum).
Teh Hijau
Minyak Zaitun
Minyak Zaitun ialah lemak sihat yang kaya dengan antioksidan dan asid lemak tak tepu. Ia menyokong kesihatan jantung, mengawal kolesterol, membantu pengurusan berat badan, dan meningkatkan fungsi otak. Sesuai untuk semua, terutamanya individu dengan kolesterol tinggi atau risiko penyakit jantung. Pilih minyak zaitun dara tambahan (extra virgin) yang asli dan bertanda sijil kualiti. Gunakan secara sederhana pada salad, sayur kukus, atau sebagai dressing; elak menggoreng pada haba tinggi. Simpan di tempat sejuk dan gelap. Anggaran harga RM20–150 bergantung saiz dan jenama. Cara penyediaan yang menjimatkan ialah dengan titiskan sedikit pada makanan harian untuk manfaat maksimum.
Minyak Zaitun
This article first appeared in UtusanTV, 29 Dec 2025
Share:
Was this article helpful?
Share:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.
HLA Policyholders Promo: Influenza Vaccination
RM65
Find Out MorePink October 2025
From
RM80
AIA Policyholders Self-pay Benefits
Pink October 2024
From
RM80
Columbia Asia 30th Anniversary Promotion “Maternity & Baby”
12.12 CheckJer Health Package
RM140
Find Out More
