Apakah Tanda Amaran Atau Simptom Yang Perlu Diperhatikan Oleh Lelaki Dan Memerlukan Imbasan Segera?
Jika anda tiba-tiba mengalami kesakitan dada atau sesak nafas tanpa sebab, ini mungkin berkaitan dengan jantung. Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba boleh menandakan pendarahan dalam otak. Kelemahan atau kebas pada sebelah badan boleh dianggap strok sehingga terbukti sebaliknya. Gunakan akronim F.A.S.T. (‘Facial drooping, Arm weakness, Speech difficulties and Time to call emergency services’ atau dalam Bahasa Malaysia — wajah melendut, lengan berasa lemah, pertuturan terganggu, segera dapatkan bantuan kecemasan– untuk mengenal pasti dan menangani strok. Darah dalam air kencing, najis, atau air mani pula adalah tanda untuk anda berjumpa doktor dengan serta-merta. Simptom seperti penurunan berat badan tanpa sebab, berpeluh malam, atau sakit perut berterusan mungkin menandakan suatu penyakit serius pelbagai.
Jika anda menjumpai tanda-tanda ini, jangan “tunggu dan lihat.” Dapatkan imbasan segera.
Bagaimanakah Imbasan Boleh Membantu Mengesan Masalah Kesihatan Awal Walaupun Tiada Simptom?
Kaum lelaki menghadapi banyak penyakit “senyap” seperti kanser prostat, aneurisma abdomen, dan kanser paru-paru peringkat awal. Bayangkan pengimejan itu seperti radar dari menara kawalan trafik udara. Ia boleh mengesan masalah ketika di tahap awal di mana ianya boleh dirawat. Imbasan CT boleh mengesan nodul kecil di paru-paru sebelum menjadi agresif dan merebak. Ultrasound boleh mengesan aneurisma abdomen sebelum pecah. MRI pula boleh menunjukkan perubahan awal pada prostat sebelum sebarang simptom dirasai. Pengesanan awal bukan sahaja menyelamatkan nyawa — ia juga boleh mengelakkan pembedahan besar atau kos rawatan yang tinggi.
Bila masa harus kita pertimbangkan melakukan imbasan kesihatan?
Sebagai panduan umum:
- Usia 20–30-an: Imbasan biasanya dilakukan jika ada sebarang simptom, kecuali anda mempunyai risiko genetik penyakit tertentu.
- Usia 40-an: Bincang dengan doktor mengenai pemeriksaan asas jika anda mempunyai faktor risiko — kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, merokok, atau sejarah keluarga kanser atau penyakit jantung.
- Usia 50 tahun ke atas: Di usia ini, imbasan pencegahan biasanya disarankan untuk kebanyakan lelaki. Walaupun anda rasa sihat, para lelaki dicadangkan untuk berbincang dengan doktor tentang imbasan paru-paru, prostat, dan jantung.
Apakah Jenis Imbasan Yang Biasanya Disyorkan Untuk Lelaki Apabila Usia Meningkat?
- MRI prostat – Mengesan ketumbuhan dan menentukan lokasi kanser tanpa biopsi invasif.
- Imbasan CT dos rendah – Untuk perokok atau bekas perokok berumur lebih 50 tahun; boleh mengurangkan risiko kematian akibat kanser paru-paru dengan mengesan kanser sebelum ia merebak.
- Ultrasound perut – Mengesan aneurisma, penyakit hati, batu karang, dan lain-lain.
- Imbasan CT jantung atau ekokardiogram – Mengesan arteri tersumbat atau otot jantung yang lemah.
- Imbasan ketumpatan tulang (DEXA) – Osteoporosis bukan hanya masalah wanita; lelaki juga akan kehilangan jisim tulang, terutamanya selepas 60 tahun atau dengan penggunaan steroid jangka panjang.
Berapa Kerap Imbasan Tersebut Perlu Dilakukan?
Kekerapan imbasan bergantung pada profil kesihatan setiap lelaki. Doktor boleh menyediakan pelan yang sesuai untuk anda.
- MRI prostat – Setiap 1–2 tahun jika berisiko tinggi; jika tidak, hanya apabila ada simptom atau perubahan pada PSA (Prostate-Specific Antigen).
- Imbasan CT dos rendah – Setiap tahun bagi perokok atau bekas perokok yang layak.
- Ultrasound aorta perut – Sekurang-kurangnya sekali untuk lelaki berumur 65–75 tahun yang pernah merokok.
- Imbasan jantung – Mengikut nasihat doktor berdasarkan tekanan darah, kolesterol, dan sejarah kesihatan keluarga.
Apakah Yang Boleh Dikesan Oleh Setiap Jenis Imbasan Ini?
- MRI prostat – Mengesan pertumbuhan luar biasa, memantau perubahan dari masa ke masa, dan menjadi panduan biopsi.
- Imbasan CT – Mengenal pasti lokasi tumor, jangkitan, darah beku, dan kecederaan dalaman.
- Ultrasound – Menggunakan gelombang bunyi untuk mengesan halangan, sista, tumor, dan pembesaran organ.
- MRI (otak/tulang belakang) – Memberi gambaran terperinci saraf, cakera, dan aliran darah. Sesuai untuk mengesan strok, tumor, dan kecederaan.
Ada Lelaki Yang Risau Tentang Radiasi Kerana Mitos Risiko Mandul, Atau Rasa Tidak Selesa Semasa Imbasan. Sejauh Mana Prosedur Ini Selamat, Dan Apakah Yang Boleh Dijangka Semasa Imbasan?
Imbasan umumnya dianggap lebih selamat dari aktiviti harian seperti memandu atau melintas jalan! Kebimbangan terhadap sesuatu yang tidak diketahui adalah biasa.
- Imbasan CT menggunakan radiasi; namun manfaatnya jauh melebihi risikonya. Tanpa diagnosis yang tepat, doktor tidak dapat mengenal pasti rawatan yang sesuai. Penggunaan bahan kontras semasa imbasan CT membantu menjamin ketepatan imej.
- MRI – Tiada radiasi langsung, tetapi boleh bising dan mungkin menimbulkan rasa klaustrofobia; sesetengah pusat menawarkan mesin pengimbas yang lebih besar dan bermuzik untuk menenangkan pesakit. Kebanyakan imbasan mengambil masa kurang daripada sejam.
- Ultrasound – Selamat dan tidak menyakitkan. “Bahagian paling susah hanyalah kerana terpaksa berbaring tanpa sebarang gerakan!” kata seorang pesakit.
Apakah Nasihat Anda Kepada Lelaki Yang Mengelak Pemeriksaan Atau Imbasan Kerana Mereka Rasa Sihat Atau Takut Dengan Keputusan?
Saya rasa halangan ini memerlukan perubahan cara pemikiran kepada sesuatu yang mementingkan kesihatan diri. Ramai lelaki beranggapan bahawa tiada simptom bermakna tiada penyakit. Ini tidak benar. Jangan tunggu sehingga terlambat. Bagi banyak penyakit serius, keadaan sebenarnya sebaliknya. Mengelak imbasan kerana takut keputusan buruk ibarat mengabaikan kebocoran bumbung kerana takut memperbaikinya — ia hanya akan menjadi lebih teruk dan kos pembaikan akan meningkat. Pengesanan awal jauh lebih baik daripada menyesal kemudian.
This article first appeared in Maskulin, 14 Jan 2026
Share:
Was this article helpful?
Share:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.
Pink October 2024
From
RM80
12.12 CheckJer Health Package
RM140
Find Out MoreAIA Policyholders Self-pay Benefits
HLA Policyholders Promo: Influenza Vaccination
RM65
Find Out MoreColumbia Asia 30th Anniversary Promotion “Maternity & Baby”
Pink October 2025
From
RM80

