01 March 2026
•3 minute read
4 Langkah Selamat Bagi Pesakit Diabetes Yang Berpuasa
Berpuasa pada bulan Ramadan merupakan ibadah yang sangat dinantikan oleh umat Islam. Namun, bagi individu yang menghidap diabetes, ia memerlukan perancangan yang lebih teliti berbanding mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan ini. Tanpa persediaan dan strategi yang betul, risiko turun naik paras gula dalam darah boleh meningkat dan seterusnya menjejaskan keselamatan serta kesihatan sepanjang berpuasa.
Bagaimana Puasa Mempengaruhi Gula Dalam Darah
Apabila kita berpuasa, badan tidak menerima sumber glukosa daripada makanan untuk tempoh yang panjang. Pada awal berpuasa, badan menggunakan simpanan glikogen di organ hati untuk mengekalkan paras gula darah. Kemudian, selepas beberapa jam, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga.
Bagi individu tanpa diabetes, sistem hormon seperti insulin dan glukagon membantu mengekalkan keseimbangan gula darah. Namun, bagi pesakit diabetes terutamanya mereka yang mengambil ubat atau insulin, keseimbangan ini boleh terganggu akibat rintangan insulin dalam badan. Ini boleh mendatangkan risiko seperti hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi.
Hipoglisemia ialah keadaan di mana paras gula terlalu rendah terutama jika sahur tidak mencukupi atau dos ubat tidak disesuaikan. Manakala hiperglisemia ialah keadaan di mana paras gula tinggi yang boleh berlaku sekiranya berbuka dengan makanan tinggi gula dan karbohidrat ringkas. Selain itu, dehidrasi juga boleh memburukkan lagi kawalan gula darah akibat tidak dapat minum air yang mencukupi pada tempoh yang lama.
Justeru, pemantauan dan perancangan yang betul menjadi kunci utama dan teramat penting untuk pesakit diabetes dalam melakukan ibadah berpuasa tanpa memudaratkan kesihatan mereka.
Langkah 1: Pastikan Bangun Sahur
Sahur membantu menstabilkan paras gula darah sepanjang hari. Oleh itu, bersahur amat penting untuk mereka yang menghidap diabetes dan sama sekali tidak disarankan untuk meninggalkan sahur. Malah ia lebih baik untuk melewatkan sahur hampir ke waktu imsak untuk membantu mengurangkan tempoh badan tanpa sumber tenaga.Â
Cadangan komposisi sahur yang seimbang:Â
- Karbohidrat kompleks seperti nasi perang, roti gandum penuh atau oat.Â
- Protein seperti telur, ayam, ikan, tauhu atau tempeh.Â
- Sayur-sayuran.Â
- Air kosong secukupnya.Â
Elakkan sahur yang hanya terdiri daripada makanan manis atau minuman bergula kerana ia boleh menyebabkan lonjakan gula yang cepat (sugar spike) diikuti dengan penurunan mendadak yang akan mengakibatkan pesakit diabetes mengalami simptom hipoglisemia atau hiperglisemia.Â
Langkah 2: Rancang Strategi Berbuka Puasa
Ketika berbuka, disarankan berbuka secara berperingkat kerana ia lebih baik untuk kawalan gula darah.
Sebagai contoh:
- Mulakan iftar dengan 1–2 biji kurma dan air kosong.
- Ambil hidangan utama seperti makan malam selepas solat Maghrib.
- Kawal saiz hidangan dan elakkan makan berlebihan dengan menggunakan konsep Suku-Suku-Separuh:
¼ pinggan karbohidrat
¼ pinggan protein
½ pinggan sayur
Elakkan mengambil pelbagai jenis karbohidrat dalam satu masa seperti nasi bersama mi dan kuih manis serentak. Hal ini kerana, badan pesakit diabetes tidak lagi mampu untuk menukarkan jumlah karbohidrat yang banyak kepada tenaga dalam masa yang sama disebabkan insulin tidak lagi sensitif berbanding mereka yang tidap menghidap diabetes. Oleh itu, berbuka secara berperingkat adalah perancangan yang lebih baik untuk mengawal gula dengan stabil. Cara berbuka begini juga lebih mengenyangkan.
Langkah 3: Kawal Pengambilan Karbohidrat
Karbohidrat mempunyai kesan paling besar terhadap paras gula darah. Pesakit diabetes tidak perlu mengelakkan karbohidrat sepenuhnya tetapi perlu mengawal saiz hidangan (porsi) dan memilih jenis karbohidrat yang sesuai.Â
Pilih:Â
- Karbohidrat kompleksÂ
- Makanan berserat tinggiÂ
- Hidangan buah dalam kuantiti sederhanaÂ
Hadkan:Â
- Air manisÂ
- Kuih-muih tinggi gulaÂ
- Makanan bergoreng Â
Walaupun bagaimanapun keperluan karbohidrat setiap individu yang menghidap diabetes adalah berbeza. Oleh itu, amat digalakkan untuk pesakit diabetes mendapatkan rundingan pegawai dietetik untuk membantu mengira anggaran keperluan karbohidrat berdasarkan berat badan, tahap aktiviti dan bacaan gula darah secara individu.Â
Langkah 4: Pentingkan Hidrasi
Dehidrasi boleh meningkatkan risiko komplikasi terutama pada pesakit Diabetes Jenis 2 Â
Strategi pengambilan air di bulan puasa:Â
- 2–3 gelas ketika berbukaÂ
- 1–2 gelas selepas tarawihÂ
- 2 gelas ketika sahurÂ
Jadikan sasaran pengambilan air kosong dalam 6-8 gelas sehari. Utamakan air kosong berbanding minuman manis atau berkafein. Hal ini kerana minuman manis atau berkafein akan mengakibatkan jumlah kehilangan air yang lebih tinggi ketika membuang air kecil. Justeru, ini akan mengakibatkan dehidrasi ketika berpuasa.Â
Tanda Bahaya: Bila Pesakit Diabetes Perlu Berbuka Puasa
Kesihatan pesakit diabetes yang berpuasa harus dipantau. Memeriksa gula darah tidak membatalkan puasa dan sangat digalakkan bagi pesakit diabetes.Â
Jika bacaan gula darah kurang daripada 4.0mmol/L, ia terlalu rendah (hipoglisemia). Puasa perlu dibatalkan. Pesakit harus bertindak pantas dan segera mengambil sumber gula untuk mengelakkan pitam atau pengsan. Â
Tanda-tanda Hipoglisemia:Â
- MenggeletarÂ
- BerpeluhÂ
- Lemah atau peningÂ
- Jantung berdebarÂ
- KeliruÂ
Jika bacaan gula melebihi 16.7 mmol/L, ia terlalu tinggi (hiperglisemia). Pesakit disarankan untuk berbuka dan mendapatkan nasihat perubatan. Hal ini kerana, bagi sesetengah pesakit diabetes, badan mereka menghasilkan gula sendiri dari sumber glukagon (hormon yang menaikkan paras gula dalam darah) yang tersimpan dalam hati. Ini mengakibatkan bacaan gula naik walaupun tidak makan. Sekiranya ini berlaku dapatkan rundingan doktor dan pegawai dietetik untuk penyesuaian ubat and jadual pemakanan. Â
Tanda-tanda Hiperglisemia:Â
- Terlalu hausÂ
- Kerap buang air kecilÂ
- Sakit kepalaÂ
- Penglihatan kaburÂ
Kesimpulan
Dengan bimbingan yang betul, individu dengan diabetes masih boleh berpuasa dengan lebih yakin dan selamat. Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga merupakan satu peluang untuk memperbaiki disiplin pemakanan. Dengan ilmu dan perancangan yang betul, kesihatan boleh dijaga seiring dengan ibadah.Â
Artikel disiarkan oleh Sinar Harian, 01 Mac 2026
Share:
Was this article helpful?
01 March 2026
•3 minute read
4 Langkah Selamat Bagi Pesakit Diabetes Yang Berpuasa
Articles and Video
Learn more about Dietary Consultation in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.
AIA Policyholders Self-pay Benefits
Pink October 2025
From
RM80
HLA Policyholders Promo: Influenza Vaccination
RM65
Find Out MorePink October 2024
From
RM80
Columbia Asia 30th Anniversary Promotion “Senior Health”
From
RM688

