20 March 2026
•3 minute read
Kurangkan Risiko TB di Hari Raya
Hari Raya adalah masa untuk meraikan, berkumpul, dan mengadakan rumah terbuka. Keluarga dan rakan-rakan merentas negeri dan daerah untuk berkumpul di bawah satu bumbung, mengeratkan semula hubungan selepas sekian lama serta menikmati juadah tradisional. Walaupun suasana gembira ini memperkukuh ikatan kekeluargaan, ia juga meningkatkan peluang kontak rapat, salah satu faktor utama penyebaran penyakit berjangkit, termasuk tuberkulosis (TB).Â
Risiko Lebih Tinggi di Kawasan Tertutup
Raikan Hari Raya dengan selamat bersama yang tersayangÂ
TB terus menjadi isu kesihatan awam yang membimbangkan di Malaysia. Walaupun usaha kawalan sedang dijalankan, penyakit ini terus memberi kesan kepada ramai individu dan keluarga. Peningkatan kes aktif baru-baru ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan menunjukkan bahawa cabaran dalam pengurusan penyakit ini masih berterusan.Â
TB merebak melalui titisan air di udara apabila pesakit yang dijangkiti batuk, bercakap atau bersin. Titisan air ini boleh kekal di udara, terutamanya di ruang tertutup, menjadikan risiko penularan lebih tinggi dalam persekitaran sesak dan berventilasi rendah.Â
Semasa sambutan Hari Raya, tetamu biasanya duduk berdekatan antara satu sama lain. Ahli keluarga atau saudara juga mungkin bermalam di rumah yang sama, berkongsi ruang dalam tempoh lama untuk mengeratkan kembali hubungan yang telah lama terpisah. Situasi seperti ini boleh meningkatkan risiko pendedahan sekiranya terdapat individu yang menghidap TB aktif.Â
Ini tidak bermakna kita perlu mengelak daripada menyambut Hari Raya. Sebaliknya, kita perlu lebih berwaspada dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko penularan. Keprihatinan terhadap kesihatan bukanlah penghalang kepada kegembiraan, malah ia mencerminkan tanggungjawab kita terhadap kerluarga dan komuniti. Â
Tanggungjawab Bersama Untuk Sambutan Lebih Selamat
Gambar oleh rawpixel.comÂ
Pakai pelitup muka jika sakit dan amalkan etika pernafasan yang betul untuk mengurangkan risiko penularan TBÂ
TB kebiasaannya merebak melalui kontak rapat yang berpanjangan, terutamanya di ruang tertutup atau kurang pengudaraan. Semakin lama tempoh pendedahan, semakin tinggi kemungkinan bakteria bawaan udara dihidu oleh orang di sekeliling. Semasa musim perayaan, sambutan dan rumah terbuka boleh diteruskan seperti biasa, namun langkah pencegahan praktikal perlu diambil. Tingkatkan pengudaraan dengan membuka tingkap dan pintu bagi memastikan aliran udara lebih baik serta mengurangkan pengumpulan bakteria di udara.Â
Jika anda tidak sihat, pakai pelitup muka apabila berada bersama orang lain, amalkan etika pernafasan dengan menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin serta buang tisu yang digunakan dengan betul. Langkah mudah seperti mencuci atau menyanitasi tangan selepas batuk atau bersin boleh menambah keberkesanan perlindungan ini.Â
Kenali Tanda Amaran
Semasa musim perayaan, gejala sering dilihat sebagai keletihan biasa, kurang tidur, atau selsema ringan akibat persiapan yang sibuk, rumah terbuka sehingga lewat malam, dan perjalanan jauh. Namun, terdapat beberapa tanda amaran yang tidak boleh diabaikan, termasuk:Â
- Batuk berpanjangan melebihi dua mingguÂ
- Demam ringan yang berterusanÂ
- Penurunan berat badan tanpa sebabÂ
- Hilang selera makanÂ
- Batuk berdarah Â
Sekiranya anda mengalami gejala ini, segera dapatkan pemeriksaan perubatan walaupun pada Hari Raya. Diagnosis awal bukan sahaja meningkatkan keberkesanan rawatan, malah turut melindungi orang tersayang dan komuniti. Penilaian awal membolehkan rawatan yang sesuai dimulakan lebih cepat serta mengurangkan risiko penyebaran dalam keluarga.Â
Siapa Yang Berisiko Tinggi?
Raikan bersama, lindungilah mereka yang berisikoÂ
Golongan yang lebih mudah menghidapi TB aktif termasuk individu dengan diabetes, warga emas, mereka yang mempunyai sistem imun lemah, dan pesakit dengan penyakit kronik. Bagi golongan ini, jangkitan boleh merebak dengan lebih cepat dan komplikasi yang timbul boleh menjadi lebih serius.Â
Anda dinasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa membuat kunjungan di Hari Raya, terutamanya jika anda atau ahli keluarga tergolong dalam kategori ini. Pastikan anda memakai pelitup muka apabila berinteraksi dengan individu yang menunjukkan symptom. Jika anda tidak sihat, elakkan membuat kunjungan, terutamanya kepada ahli keluarga warga emas, kanak-kanak atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik. Menangguhkan kunjungan mungkin mengecewakan, tetapi ia merupakan tindakan bertanggungjawab yang menunjukkan keprihatinan terhadap orang tersayang. Â
Tips Praktikal untuk Sambutan Selamat
Hari Raya adalah masa untuk saling mengambil berat antara satu sama lain. Langkah-langkah mudah seperti memastikan pengudaraan baik, mengamalkan etika pernafasan dan mendapatkan rawatan awal boleh memberi impak besar. Dengan kesedaran dan sikap bertanggungjawab, anda dapat meraikan Hari Raya dengan selamat sambil melindungi mereka yang paling berisiko.
Raikan dengan bertanggungjawab. Kekal peka terhadap symptom dan yang paling penting, lindungi kesihatan keluarga dan komuniti. Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya! Jaga diri dan lindungi kesihatan anda!
Penulis ialah Dr. Nik Nuratiqah Nik Abeed dan Dr. Ng Boon Hau merupakan Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Perunding Perubatan Respiratori Columbia  Asia Hospital Cheras
Artikel disiarkan oleh KOSMO!, 20 Mac 2026
Share:
Was this article helpful?
20 March 2026
•3 minute read
Kurangkan Risiko TB di Hari Raya
Articles and Video
Learn more about in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.
Pink October 2024
From
RM80
AIA Policyholders Self-pay Benefits
Pink October 2025
From
RM80
HLA Policyholders Promo: Influenza Vaccination
RM65
Find Out MoreColumbia Asia 30th Anniversary Promotion “Senior Health”
From
RM688

