The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Bersenam, Tinggikan Kaki & Pakai Stoking Khas Boleh Elak Ibu Hamil Kejang Kaki

17 February 2019

1 minute read

Bersenam, Tinggikan Kaki & Pakai Stoking Khas Boleh Elak Ibu Hamil Kejang Kaki

Kekejangan pada bahagian kaki dan betis yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan meresahkan ibu. Ia sangat menyakitkan!

PUNCA KEKEJANGAN KAKI

Sememangnya rasa kejang di kaki memang sering terjadi kepada wanita hamil terutamanya pada trimester akhir. Saat perut sedang membesar ke tahap maksimum, kekejangan ini memburukkan lagi keadaan. Ramai yang menganggap ia berpunca daripada kekurangan kalsium, benarkan?

Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, bahagian rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Keadaan ni menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.

5 TIP REDAKAN KEKEJANGAN KAKI BAGI IBU HAMIL

Suplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki tetapi ia tidak banyak membantu. Sebaliknya, ibu akan dinasihatkan untuk:

  1. Bersenam seperti berjalan kaki (bukan berlari atau joging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.
  2. Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
  3. Memakai stoking khas (pressure graded stockings) yang boleh dibeli di farmasi.
  4. Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah.
  5. Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 17 Februari 2019

Was this article helpful?

17 February 2019

1 minute read

Bersenam, Tinggikan Kaki & Pakai Stoking Khas Boleh Elak Ibu Hamil Kejang Kaki

Dr. Norintan Binti Zainal Shah

Obstetrics And Gynecology

Learn more about Obstetrics And Gynecology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips