The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Orang Muda Pun Boleh Kena Kanser Kolon Kalau Masih Lakukan 6 Perkara Ini

02 November 2020

5 minute read

Orang Muda Pun Boleh Kena Kanser Kolon Kalau Masih Lakukan 6 Perkara Ini

Pernah tak anda rasa lesu, sakit perut yang teruk, muntah, hilang berat badan secara tiba-tiba atau berlaku sesuatu yang pelik pada corak pembuangan najis? Jangan ambil mudah, kerana inilah antara simptom kanser kolorektal!

Kanser kolon merupakan antara kanser yang biasa ditemui di Malaysia dan sebanyak 80% kes kanser ini di Malaysia didiagnos di kalangan mereka yang berusia 45 tahun ke atas!

Apa itu kanser kolorektal?

Kanser ini juga dikenali dengan nama kanser kolon atau kanser usus yang menyerang bahagian kolon, usus dan rektum (bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh).

Kebiasaanya bermula sebagai polip, iaitu bonjol kecil pada permukaan dalam usus yang kebanyakannya tidak berbahaya. Tetapi jika dibiarkan, akan membesar dan menjadi kanser.

Kanser kolon kebiasaannya menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas, tetapi tidak bermakna golongan berusia seawal 40 tahun dan kanak-kanak bebas daripada pembunuh ke-2 di kalangan lelaki, dan ke-3 di kalangan wanita di Malaysia ini!

Ada banyak sebab yang menjadi punca penyakit ini dan jangan tak percaya, golongan muda juga berisiko mendapat kanser kolon jika masih melakukan 6 perkara ini:

Tidur

Waktu tidur yang ideal antara 6 ke 8 jam, tetapi ada yang hanya tidur 3 ke 4 jam setiap hari. Bila tidur tak cukup, mulalah produktiviti semakin menurun dan kesihatan terjejas.

Kurang aktiviti fizikal

Sudahlah di pejabat lebih banyak duduk menghadap komputer, di rumah pula duduk menghadap fon… Nak buat aktiviti fizikal 60 minit sehari pun susah!

Diet tak sihat

Kurang makan sayur, buah dan bijirin. Banyak pula makan daging merah dan makanan tinggi lemak serta kurang serat. Anda juga digalakkan ambil herba kunyit yang tinggi antioksidan dan boleh menghalang proliferasi sel kanser.

Merokok

Merokok bukan sahaja merbahaya kepada perokok tetapi turut menjejaskan orang yang berada berhampiran. Perokok berisiko menghidapi pelbagai penyakit termasuk kanser peparu dan kolon.

Berlebihan berat badan

Bila makan tak jaga, mulalah berat badan meningkat dan tak terkawal. Bukan je kanser kolon, tetapi darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung mula bertandang.

Tak pantau kesihatan

Walaupun pada zahirnya nampak sihat tetapi kenalah lakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap mengikut saranan.

Selain pemeriksaan kesihatan secara berkala, anda boleh juga lakukan saringan awal untuk mengesan kanser kolon. Ada beberapa tempat anda boleh lakukan ujian ini termasuklah di Columbia Asia Hospital.

Dengan adanya ujian saringan, anda boleh mengesan kanser lebih awal sebelum munculnya tanda dan simptom. Melalui ujian ini, polip boleh dibuang sebelum bertukar menjadi sel kanser. Ujian ini perlu dilakukan lebih awal sekiranya ada di kalangan ahli keluarga anda menghidap kanser kolon.

Artikel ini disiarkan oleh Sinar, 17 Ogos 2020.

Was this article helpful?

02 November 2020

5 minute read

Orang Muda Pun Boleh Kena Kanser Kolon Kalau Masih Lakukan 6 Perkara Ini

Dr. Venayagamurthy A/l Kanisan

General Surgery And Colorectal Surgery

Learn more about General Surgery And Colorectal Surgery in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips