The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Pentingnya Kesihatan Tulang Dari Usia Muda

10 November 2023

5 minute read

Pentingnya Kesihatan Tulang Dari Usia Muda

Kanser tulang ni sangat jarang kita dengar. Kanser ni dikenali jugak sebagai “sarkoma tulang” adalah sejenis kanser yang bermula pada tisu tulang.

Ini adalah penyakit yang jarang berlaku kalau nak dibandingkan dengan jenis kanser lain, seperti kanser payudara atau kanser paru-paru.

Kanser tulang ni boleh menyerang semua peringkat umur, tetapi ia lebih berkemungkinan berlaku kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa muda.

Kebanyakan Mama Papa kurang didedahkan tentang penyakit ini. Jadi Mama Siti akan share kepada Mama Papa semua supaya kita sama-sama alert penyakit ni.

Untuk persoalan Mama Papa mengenai cancer ini, Mama Siti telah menemu bual bersama Dr Paisal Hussin, yang merupakan Pakar Bedah Ortopedik dari Hospital Columbia Asia – Puchong. Jom kita baca perkongsiannya tentang penyakit ini.

Apakah amalan hidup yang sesuai bagi memastikan kesihatan tulang terus terjamin dikalangan semua individu?

Amalan hidup yang baik untuk kesihatan tulang. Mengambil makanan-makanan yang kaya dengan kalsium, vitamin D dan protein. Dengan mengamalkan diet yang seimbang dapat menjadikan keadaan tulang yang kuat dan sihat.

Bukan sahaja perlu makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, kita juga perlukan vitamin D. Ini kerana vitamin D akan membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tubuh . Ikan dan keju adalah contoh sumber yang baik untuk vitamin D.

Kita juga perlu kepada pendedahan kepada matahari sebagai sumber vitamin D.

Protein juga penting untuk pertumbuhan tulang. Perlu diingat 50% daripada tulang adalah protein. Kita perlu mencapai BMI yang sihat untuk kesihatan tulang yang baik.

Kita perlu elakkan daripada merokok dan alkohol yang terlebih tidak bagus dalam pertumbuhan tulang. Akhirnya, kita perlulah sentiasa aktif kerana ini dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang baik.

Umum mengetahui susu sentiasa dikaitkan dengan sumber kekuatan untuk tulang, namun selain susu, adakah terdapat sumber lain yang boleh digantikan bagi hasil yang optimum?

Susu merupakan antara sumber yang terbaik untuk tulang. Antara alternatif adalah susu soya, susu almond dan susu kelapa.

Apakah terdapat aktiviti atau makanan yang boleh menyebabkan kerosakan kepada tulang?

Makanan-makanan yang tidak baik untuk tulang:

  • Makanan masin
  • Alkohol
  • Minuman berkarbonat
  • Kafein
  • Gula-gula

Boleh doktor terangkan dengan lebih terperinci tentang penjagaan kesihatan tulang bagi golongan bayi & kanak-kanak daripada segi pemakanan dan gaya hidup harian.

Amalkan pengambilan diet yang seimbang. Pastikan mendapatkan sumber kalsium dan vitamin D yang mencukupi. Pastikan kanak-kanak sentiasa aktif bermain.

Adakah melalui penjagaan kesihatan tulang yang optimum dapat mencegah daripada berlakunya kanser tulang?

Tidak, kanser tulang tidak berkaitan dengan penjagaan tulang.

Boleh doktor terangkan lebih lanjut punca dan masalah kanser tulang dikalangan kanak-kanak?

Kanser tulang adalah sangat jarang berlaku. Ianya hanya 1% daripada jenis kanser.

Untuk kanak-kanak pula, Osteosarkoma dan Sarkoma Ewing adalah kanser tulang yang biasa. Punca sebenar kanser tulang tidak diketahui, kebanyakan kes terjadi tanpa ada faktor risiko.

Selalunya, pesakit akan mengadu sakit dan masalah kebengkakan pada anggota tubuh. Tempat yang selalu terjadi adalah pada tulang di sekitar lutut.

Apakah rawatan sesuai untuk pesakit kanser tulang?

Rawatan untuk pesakit kanser tulang bergantung kepada jenis dan peringkat kanser tersebut.

Apabila seseorang disyaki mengalami kanser tulang, pemeriksaan lanjut perlulah dilakukan dengan menggunakan MRI, CT Scan dan biopsi. Ini adalah untuk mengetahui jenis dan peringkat kanser tersebut.

Rawatan untuk kanser tulang ini biasanya dilakukan oleh beberapa doktor dari kepakaran yang berbeza seperti Ortopedik, Pakar Onkologi, dan Pakar Kanak-kanak. Mereka akan bekerjasama dalam satu pasukan.

Antara rawatan yang akan diberikan adalah pembedahan, sinaran radiasi, dan ubat-ubat kemoterapi.

Sekiranya kanser tulang masih di peringkat awal, apakah terdapat lifestyle atau petua yang boleh diamalkan bagi melambatkan atau mematikan sel kanser berkenaan?

Tidak, akan tetapi sekiranya kanser tulang dapat dikesan awal. Maka, prognosis akan menjadi lebih bagus dengan rawatan yang sesuai.

Apakah perlu untuk seseorang individu menjalani pemeriksaan kesihatan tulang secara berkala – contohnya setahun sekali dan sebagainya?

Rawatan tulang yang berkala tidak perlu tetapi sekiranya seseorang mengalami simptom berkenaan dengan tulang, pemeriksaan oleh doktor adalah perlu.

Artikel ini disiarkan oleh Kelab Mama, 9 November 2023.

Was this article helpful?

10 November 2023

5 minute read

Pentingnya Kesihatan Tulang Dari Usia Muda

Dr. Paisal Hussin

Orthopedic

Learn more about Orthopedic in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips