15 March 2026
•3 minute read
Risiko Jangkitan Kutu di Hari Raya
Boleh Dr Kongsikan Ketika Raya Adakah Jangkitan Kutu Mudah Berlaku?
Jawapan:Â
Sebelum saya berkongsi maklumat lebih lanjut, izinkan saya cerita sedikit tentang kutu. Â Bila kita sebut sahaja perkataan kutu, mesti semua orang terasa geli dan boleh membuatkan bulu roma kita naik.
Apa Itu Jangkitan Kutu?
Kutu sebenarnya adalah sejenis serangga kecil (parasit) tidak bersayap yang menghisap darah. Jangkitan kutu pada manusia dipanggil pedikulosis. Jangkitan kutu ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis :
- Kutu kepala (pediculus capitis) – dijumpai di kulit kepala, leher, sekeliling telinga
- Kutu badan (pediculus humanus) – dijumpai pada badan
- Kutu pubik (pthirus pubis) – dijumpai pada kulit dan rambut bahagian kemaluan
Kutu yang paling kerap dijumpai ialah kutu kepala. Kutu badan dan kutu pubik biasanya menjangkiti mereka yang tidak menjaga kebersihan badan.
Kutu mempunyai 3 peringkat perkembangan :
- Pertama ialah telur (nit)
- Kedua ialah peringkat nimfa
- Kemudian berkembang ke peringkat dewasa
Makanan bagi kutu ialah darah manusia, and kitar hidup kutu adalah lebih kurang 4 minggu. Sewaktu kutu menghisap darah pada kulit manusia, air liurnya yang mengandungi kesan toksik disuntik ke dalam salur darah kecil pada bahagian kulit. Inilah yang akan mengakibatkan tanda- tanda kegatalan.
Sekarang, Balik Ke Soalan Asas Tadi, Adakah Jangkitan Kutu Mudah Berlaku Ketika Raya?
Ketika perayaan seperti raya, jangkitan kutu boleh menjadi lebih mudah berlaku kerana terdapat banyak interaksi social dan perhimpunan besar keluarga.Ini boleh meningkatkan risiko penularan kutu, melalui perhubungan dengan jarak dekat, terutamanya apabila ramai orang berkongsi tempat tidur atau menggunakan barangan peribadi yang sama seperti sikat, songkok dan tudung kepala.Â
Siapa Yang Berisiko Jangkitan Kutu Dan Mengapa Golongan Itu Lebih Berisiko?
Kanak- kanak sekolah adalah Kumpulan yang paling berisiko tinggi. Ini adalah kerana kanak-kanak sering bergaul rapat dengan rakan sebaya , lebih cenderung untuk berkongsi barangan peribadi seperti cap atau headband.SElain itu, orang dewasa yang tinggal dalam keadaan sesak atau berkongsi tempat tidur juga berisiko.
Apakah Jangkitan Kutu Boleh Menjadi Serius Dan Membawa Jangkitan Lain?
Sebenarnya, jangkitan kutu boleh membawa kepada komplikasi yang lain. Apabila seseorang itu menggaru disebabkan oleh kegatalan, kulit kepala boleh mudah luka .Ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria sekundari.Jangkitan ini boleh menyebabkan seseorang menghidap demam and menjadi lesu.Dalam kes- kes tertentu, mungkin memerlukan rawatan dengan ubat antibiotik.
Apakah Saranan Agar Jangkitan Kutu Tidak Berlaku Ketika Pulang Ke Kampung?
- Pastikan tidak berkongsi barangan peribadi seperti sikat, topi, skaf, tuala.
- Periksa kepala anak-anak secara berkala untuk tanda – tanda kutu seperti- gatal – gatal teruk, benjolan merah kecil di kulit kepala, leher, bahu .Anda juga boleh memeriksa kepala untuk tanda- tanda telur kutu, atau kutu hidup sendiri.
- Basuh dan keringkan pakaian dan cadar pada suhu tinggi
- Elakkan hubungan rapat kepala ke kepala dengan orang lain
Bagaimana Ibu Bapa Boleh Kesan Anak Dijangkiti Kutu?
Tanda pertama yang boleh dilihat ialah gatal yang keterlaluan di bahagian kulit kepala. Kalau ibu bapa perasan anak asyik menggaru kepala kerap, cubalah periksa kepala mereka untuk mencari kutu hidup atau telur kutu di rambut, terutamanya di sekitar tengkuk dan belakang telinga.Â
Cara terbaik ialah dengan menggunakan Teknik sikatan basah ;Â
- Sapu minyak di semua bahagian rambut dulu, minyak yang boleh digunakan adalah seperti minyak zaitun/minyak kelapa.Â
- Gunakan sikat kutu ( sikit yang mempunyai gigi yang rapat) untuk menyisir rambut secara berhati-hati bermula dari kulit kepala sehingga hujung rambut. Â
- Selepas setiap sikatan, periksa sikat dan anda boleh melihat kutu hidup atau telur kutu. Â
- Sikat keseluruhan rambut secara sistematik , sebanyak sekurang-kurangya 2 kali Â
Apakah Rawatan Kutu Dan Sejauh Mana Keberkesanan Kutu Itu?
Rawatan kutu biasanya melibatkan penggunaan syampu atau losyen khas yang mengandungi bahan aktif seperti permethrin atau malathion.Rawatan ini berkesan jika digunakan mengikut arahan. Syampu perlu disapu  dan dibiarkan beberapa jam sebelum dibilas, dan rawatan perlu diulang selepas 7 hari untuk membasmi kutu baru. Selain itu, menyikat rambut dengan sikat kutu khas secara berkala boleh bantu menghilangkan kutu dan telur kutu. Ia perlu diulang pada hari ke -5,9 dan 13 untuk hasil terbaik. Adalah amat penting untuk merawat semua ahli keluarga yang dijangkiti dan membersihkan barangan peribadi serta tempat tidur untuk mencegah penularan semula Â
Artikel disiarkan oleh Harian Metro, 15 Mac 2026
Share:
Was this article helpful?
15 March 2026
•3 minute read
Risiko Jangkitan Kutu di Hari Raya
Learn more about Dermatology in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.
AIA Policyholders Self-pay Benefits
Pink October 2025
From
RM80
Columbia Asia 30th Anniversary Promotion “Senior Health”
From
RM688
HLA Policyholders Promo: Influenza Vaccination
RM65
Find Out MorePink October 2024
From
RM80

