跳至内容

Tumpah Darah Penyebab Kematian Ibu Bersalin Di Malaysia

2018 年 11 月 05 日

-

1 分钟阅读

Tumpah Darah Penyebab Kematian Ibu Bersalin Di Malaysia

Masalah tumpah darah selepas hamil dikenali sebagai post partum hemorrhage (PPH). Ia adalah sebab utama ibu hamil meninggal dunia di Malaysia. Nak elakkannya, boleh lakukan 10 perkara yang dicadangkan ini.

Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, kes seperti Ros ini boleh dielakkan dengan beberapa langkah berikut;

SEBELUM HAMIL

  • Pastikan tahap hemoglobin melebihi 11.5g%. Wanita yang kekurangan darah lebih berisiko untuk mengalami PPH.
  • Pastikan ujian pelvic ultrasound. Jika mempunyai fibroid, ia menyebabkan kesukaran untuk rahim mengecut dan seterusnya boleh berlaku PPH.
  • Pastikan tiada masalah seperti kencing manis dan darah tinggi sebelum hamil. Wanita yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis berkemungkinan besar perlu bersalin secara indius. Proses indius boleh menyebabkan rahim sukar mengecut selepas bersalin lalu menyebabkan PPH.

SEMASA HAMIL

  • Pastikan membuat antenatal booking di hospital yang mempunyai kemudahan tabung darah.
  • Pastikan anda memantau tahap hemoglobin. Disiplin dalam memakan zat besi, folik asid, Vitamin C dan B kompleks. Kesemua vitamin ini perlu untuk pembentukan hemoglobin di dalam tubuh.
  • Pastikan bayi tidak terlalu besar. Jika besar, air ketuban banyak dan ini boleh menjadi penyebab PPH.
  • Jika pada akhir kehamilan, doktor berpendapat bersalin melalui casearean adalah terbaik, maka ikutilah nasihat doktor.

SETELAH BERSALIN

  • Pastikan anda memantau darah nifas ketika berpantang. Jika banyak, berketul-ketul sehingga basah ke kain, terus ke hospital. Tidak kira ia awal pagi atau tengah malam. Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa. PPH boleh berlaku bila-bila masa walaupun sudah pulang ke rumah.
  • Anda perlu dapatkan rawatan dari hospital secepat mungkin apabila mengalami masalah tumpah darah selepas bersalin. Jika lambat, anda akan mengalami perubahan dalam darah di mana ia tidak boleh berhenti daripada berdarah (DIVC) yang boleh berakhir dengan maut.
  • PPH juga lebih kerap berlaku kepada wanita yang hamil terlalu rapat atau terlalu ramai. Bincanglah dengan doktor mengenai cara-cara merancang keluarga. Suami juga bertanggungjawab menjaga nyawa isteri. Jadi, kerjasama adalah perlu dalam hal ini.

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 5 November 2018

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2018 年 11 月 05 日

-

1 分钟阅读

Tumpah Darah Penyebab Kematian Ibu Bersalin Di Malaysia

Dr. Norintan Binti Zainal Shah

Obstetrics And Gynecology

了解更多关于妇产科的信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院